Mewah Unggul Enterprise Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 24/11/1995 dan diperbadankan pada 16/4/2011. Ia merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sejak penubuhan syarikat ini, ia telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai pembuat dan pembekal barangan cenderahati , piala , hadiah , kemeja T, barangan seramik dan juga barangan premium yang eksklusif.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan swasta, persatuan-persatuan, orang perseorangan dan juga kelab-kelab VIP dalam usaha untuk meningkatkan lagi imej organisasi kami.
Kini Mewah Unggul telah melebarkan sayap perniagaannye ke dalam bidang pameran, penyediaan pentas, dekorasi, majlis dan keraian samada berbentuk formal ataupun tidak formal.
Mewah Unggul Enterprise Sdn Bhd sentiasa mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, ramah mesra dan efisyen. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah hasil daripada keyakinan kami di dalam bidang ini dan juga komitmen kami dalam melengkapkan majlis dan menghasilkan barangan yang bermutu dan berkualiti tinggi.
Tetap Unggul, Berkualiti dan Eksklusif
No comments:
Post a Comment